Sahut cabaran Sukan Komanwel

Sahut cabaran Sukan Komanwel

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Belia Komanwel bertolak malam ini ke Samoa bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan dari 5 hingga 11 September 2015.

Seramai empat orang atlet negara akan menyertai acara renang dan olahraga dan rombongan bersama dua orang jurulatih dan Chef de Mission, Mariam Ulat.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Datin Paduka Hajah Adina menyerahkan bendera kepada Mariam Ulat.
Datin Paduka Hajah Adina menyerahkan bendera kepada Mariam Ulat.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan yang juga selaku Chef de Mission, Mariam Ulat.

Tetamu kehormat juga berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada kontinjen negara sebelum mereka berlepas.

Mariam Ulat dalam temu bual ringkas menyatakan harapan beliau agar atlet memberikan yang terbaik untuk mengharumkan nama negara ini walaupun atlet tersebut masing-masing di usia yang muda.

ARTIKEL YANG SAMA