Saingan BYD, Tesla dalam kenderaan elektrik

Saingan BYD, Tesla dalam kenderaan elektrik

BEIJING, 24 April – Bertentangan dengan corak biasa kemajuan teknologi, firma kereta China BYD – untuk Build Your Dreams – telah memimpin dalam kenderaan elektrik tetapi kini menghadapi persaingan sengit daripada pengeluar Barat.

BYD tidak sehebat seperti Tesla namun menjual hibrid pertamanya pada tahun 2008, lama sebelum firma AS memulakan pengeluaran. Pada tahun yang sama, jutawan AS Warren Buffet memperoleh 10 peratus saham dalam syarikat itu. Penyerahan kereta elektrik pertamanya, e6, bermula pada 2011, setahun sebelum penjualan pertama Model S Tesla.

Sementara pengasas Tesla Elon Musk mungkin dibandingkan dengan seorang “pelari pecut,” presiden BYD Wang Chuanfu “adalah lebih seorang pelari marathon,” beritahu naib presiden senior syarikat Stella Li kepada Bloomberg News pada awal bulan ini, lambat tetapi pasti membina pengiktirafan jenama dan jumlah jualannya.

Pada tahun 2015, BYD menjual kira-kira 58,000 kenderaan elektrik dan hibrid, bertambah dua kali ganda tahun-ke-tahun, menurut laporan tahunannya, yang tidak membezakan di antara kategori. Ia berharap dapat menjual tiga kali ganda jumlah kenderaan pada tahun ini. Secara perbandingan, Tesla menjual 50,580 kereta di seluruh dunia pada 2015. BYD, yang mempunyai asal-usulnya sebagai pengeluar bateri, sedang menimbang untuk mempelbagaikan produknya, bergabung dengan pengeluar kereta Jerman Daimler untuk menghasilkan Denza, jenama mahal yang berusaha bersaing untuk pelanggan kaya Tesla. – AFP

Gambar fail bertarikh 17 Mac 2015 menunjukkan dua buah kereta Tesla Model S dipamerkan di bilik pameran di Shanghai. – AFP
Gambar fail bertarikh 17 Mac 2015 menunjukkan dua buah kereta Tesla Model S dipamerkan di bilik pameran di Shanghai. – AFP