Saingan hangat Clinton, Sanders

Saingan hangat Clinton, Sanders

NEW YORK, 15 April (AFP) – Hillary Clinton dan Bernie Sanders dalam perdebatan hangat bagi calon presiden AS di Brooklyn semalam, yang menambah pegangan dalam persaingan mereka yang semakin sengit untuk meraih pencalonan Demokratik.

Mereka saling membidas antara satu sama lain tentang ekonomi, perubahan iklim, pengawalan senjata, isu-isu kaum, Libya dan Israel, dalam perdebatan kali sembilan bagi presiden Demokratik beberapa hari sebelum pilihan raya kecil penting di New York, apabila 247 wakil parti akan dipertandingkan.

Bekas setiausaha negara itu memegang 13.8 mata mendahului senator Vermont dalam tinjauan pendapat di New York dan perlukan kemenangan kuasa dalam pilihan raya kecil pada hari Selasa selepas kalah dalam tujuh dari lapan peraduan terakhir kepada saingannya yang berhaluan kiri.

Itu adalah prestasi paling yang paling suka berdebat antara bekas senator New York itu yang menyokong reformasi realistik tetapi bertambah perlahan-lahan dan pencabarnya yang menggelarkan dirinya sosialis demokratik dan menyokong revolusi politik.

Berbalas-balas debat mereka semakin sengit sehinggakan pada satu tahap orang tengah CNN mencelah “Jika anda berdua menjerit ke arah satu sama lain, para penonton tidak dapat mendengarkan mana-mana antara anda berdua.”

Hillary Clinton (kiri) dan Senator Bernie Sanders (kanan) membuat perbahasan kelmarin semasa Perdebatan Utama Demokratik Presiden di Greenhouse Duggal di Brooklyn Navy Yard, Bandar Raya New York. – AFP
Hillary Clinton (kiri) dan Senator Bernie Sanders (kanan) membuat perbahasan kelmarin semasa Perdebatan Utama Demokratik Presiden di Greenhouse Duggal di Brooklyn Navy Yard, Bandar Raya New York. – AFP

Setiap kedua-dua mereka ini saling tuduh menuduh gagal menjawab soalan dan berbalah tentang ketahanan sokongan bagi Clinton bagi gaji minimum AS$15, sokongannya bagi perubahan rejim di Iraq dan Libya dan penilaian mereka.

Sanders, kelahiran Brooklyn, berucap dengan hangat kepada Clinton kerana menyokong luar negara dan mempersendakannya tentang hubungannya dengan Wall Street dan ketegasannya menentang perlakuan bank-bank ketika menjadi senator New York dari tahun 2001-2009.

New York adalah medan perjuangan penting bagi Sanders, yang mesti mengalahkan Clinton untuk terus menghidupkan impiannya merebut pencalonan dari calon Demokratik yang disebut-sebut akan menang. Gesaan berkobar-kobarnya bagi perubahan besar untuk berkempen bagi kewangan, pendidikan kolej percuma dan penjagaan kesihatan universal telah merangsang anak-anak muda, tetapi Clinton telah meraih lebih dua juta lebih undi dalam pilihan raya negeri setakat ini.