Saingan hebat 2 Manchester

Saingan hebat 2 Manchester

MANCHESTER, 14 Ogos (Agensi) – Manchester City kini memantau rapat perkembangan Pedro selepas bintang penyerang Sepanyol itu mengesahkan, dia bakal menentukan mengenai masa depannya di Barcelona dalam tempoh 24 jam.

Pedro mengakui, dia akan meninggalkan Camp Nou selepas 10 tahun bersama gergasi bola sepak Sepanyol itu, dan Manchester United sejak awal lagi sudah menyuarakan minat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan menawarkan 22 juta pound.

Red Devils percaya, pemain berusia 28 tahun itu mampu menampung kekosongan tempat Angel di Maria dan mendakwa, mereka telah mencapai terma peribadi dengan ejen Pedro.

Bagaimanapun, pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain akan menggunakan hubungan rapatnya dengan Pedro untuk mempengaruhi pemain itu agar berpindah ke Etihad. Kedua-dua mereka saling mengenali ketika Begiristain berada di Barcelona.

Pedro, yang menjaringkan gol kemenangan ketika Barcelona menumpaskan Sevilla 5-4 dalam Piala Super Eropah, minggu lalu sebelum ini pernah memberi bayangan dia mungkin behijrah ke Old Trafford dan menyifatkan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris adalah satu cabaran yang istimewa.

Pedro menjadi pemain rebutan Citizen dan Red Devils untuk memperkasakan kempen musim ini tetapi masih belum lagi meninggalkan Nou Camp. – Reuters
Pedro menjadi pemain rebutan Citizen dan Red Devils untuk memperkasakan kempen musim ini tetapi masih belum lagi meninggalkan Nou Camp. – Reuters

pg20_150815_c

Louis van Gaal (kanan) diambil untuk memulihkan reputasi United dan beliau sudah melepasi jangkaan apabila berjaya membawa Red Devils kembali ke pentas Eropah, sementara Pellegrini (kiri) juga akan membuktikan mereka sekali lagi menjadi pencabar serius gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. – AFP/Reuters
Louis van Gaal (kanan) diambil untuk memulihkan reputasi United dan beliau sudah melepasi jangkaan apabila berjaya membawa Red Devils kembali ke pentas Eropah, sementara Pellegrini (kiri) juga akan membuktikan mereka sekali lagi menjadi pencabar serius gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. – AFP/Reuters

Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres menggalakkan rakan senegaranya itu berpindah ke England untuk beraksi dalam Liga Perdana, sambil menyifatkan pemain tersebut pasti akan menjadi bintang besar dalam liga termahal di dunia itu.

“Pedro adalah rakan baik saya dan jika dia memutuskan bahawa England adalah destinasi terbaru dalam kariernya, saya percaya dia akan berjaya di sana.

“Dia memiliki keupayaan yang anda harapkan daripada seorang pemain. Dia sudah bersama Barcelona sejak sekian lama, dia memiliki etika kerja yang hebat.

“Dia seorang pemain yang sentiasa bekerja keras, malah sering turun membantu pemain pertahanan…saya pasti dia akan cemerlang dalam Liga Perdana,” kata Torres.

Dalam perkembangan berasingan, bekas pertahanan United, Rafael memberitahu disebabkan pengurus, Louis van Gaal tidak menyukainya dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Lyon dengan nilai 2.5 juta pound, bulan ini.

Pemain Brazil itu merupakan pilihan utama di bahagian pertahanan kanan ketika di bawah kendalian bekas pengurus, Alex Ferguson, namun dia cuma melakukan enam penampilan selepas Van Gaal mengambil alih.

“Saya tahu dia tidak sukakan saya tapi jika disebabkan saya orang Brazil, saya tidak tahu. Dia bukan sahaja tidak menyukai saya, malah dia turut memberitahu pemain lain mereka boleh meninggalkan kelab sekiranya mahu.

“Pada musim 2012-2013 saya beraksi hampir keseluruhan perlawanan.

“Ia merupakan musim terbaik saya bersama Manchester, malah kami turut memenangi trofi, namun apabila jurulatih bertukar ia memberi malapetaka buat saya,” katanya.

Premier League matchday 2

ARTIKEL YANG SAMA