Saingan hebat di Ekspo Hiburan Elektronik

Saingan hebat di Ekspo Hiburan Elektronik

LOS ANGELES 16 Jun (AFP) – Raja konsol Microsoft dan Sony berjuang bagi mendapatkan tarikan daripada para pemain dengan permainan blockbuster dan godaan dunia maya ketika Ekspo Hiburan Elektronik bermula di Los Angeles hari ini.

Syarikat-syarikat di sebalik konsol Xbox One dan PlayStation 4 (PS4) mengadakan acara media yang mana mereka memperlihatkan permainan aksi yang memeningkan dan menumpu pada kandungan eksklusif.

Microsoft meraih tumpuan awal semalam dengan kata-kata bahawa orang ramai akan dapat memainkan permainan video lama yang disukai pada konsol generasi baru, konsol Xbox One. Para pemain telah lama menginginkan keserasian “sebelum dimajukan” bagi gelaran, yang lazimnya dijual dengan harga AS$60.

Mikrosoft memperlihatkan kandungan blockbuster eksklusif, termasuklah Halo 5 Guardian dari dalam syarikat ini dan keberadaan awal mainan video yang begitu dijangkakan hebat seperti Rise of the Tomb Raider yang dijangka dikeluarkan lewat tahun ini oleh studio luar.

“Jika anda menantikan mengorak langkah dari Xbox360 kepada Xbox One, kini adalah masanya,”kata ketua divisyen Xbpx, Phil Spencer.

Konsol PlayStation 4 Sony mengatasi Xbox One selepas konsol generasi baru berada di pasaran dalam lewat tahun 2013.

Microsoft sejak itu mengurangkan harga dan menambah tumpuan pada permainan mainan, daripada ciri-ciri seperti filem-filem streaming dan telah mula merapatkan jurang jualan.

Kemampuan untuk memainkan semula permainan Xbox generasi sebelumnya berjanji kepada para pemain yang mengeluh bahawa pengemaskinian kepada perkakasan baru, mengikut sejarah telah muncul dengan meninggalkan tajuk-tajuk lama dan tidak dapat difungsikan pada konsol baru.