Saingan hebat di Hero World Challenge ke-17

Saingan hebat di Hero World Challenge ke-17

MIAMI, 5 Nov (AFP) – Penyandang juara besar, Jordan Spieth, Jason Day dan Zach Johnson mengungguli 18 pemain bagi kejohanan Hero World Challenge ke-17 pada bulan seperti yang diumumkan semalam oleh hos yang tidak beraksi kerana kecederaan, Tiger Woods.

Pertandingan yang menawarkan hadiah AS$3.5 juta (3.2 juta euro) akan diadakan pada 3 hingga 6 Disember depan, di Albany resort yang merupakan kali pertama di luar Amerika Syarikat.

Pemain nombor satu dunia, Spieth, 22, adalah juara bertahan, setelah memenanginya pada tahun lepas dengan rekod pertandingan 26 bawah par 262 di Isleworth resort, Florida, begitu juga pemenang gelaran Master dan Terbuka AS pada tahun ini, pertandingan playoff PGA AS dan Pemain Tahunan PGA.

Day dari Australia memenangi gelaran utama di Kejohanan PGA sementara Johnson, juara 2013 Challenge, memenangi gelaran pertamanya pada Terbuka British tahun ini.

Gambar fail bertarikh 20 Julai 201 menunjukkan Johnson (kiri) diberikan ucapan tahniah oleh Speith selepas memenangi playoff pada pusingan akhir Kejohanan Golf Terbuka British di Old Course, St. Andrews, Scotland. – Agensi
Gambar fail bertarikh 20 Julai 201 menunjukkan Johnson (kiri) diberikan ucapan tahniah oleh Speith selepas memenangi playoff pada pusingan akhir Kejohanan Golf Terbuka British di Old Course, St. Andrews, Scotland. – Agensi

Yang lain memburu hadiah utama AS$1 juta termasuk Anirban Lahiri dari India, Justin Rose dan Paul Casey dari England, Adam Scott dari Australia, Hideki Matsuyama dari Jepun sementara pemain dari AS terdiri dari Rickie Fowler, Bill Haas, Dustin Johnson, Matt Kuchar, Jimmy Walker, Brooks Koepka, J.B. Holmes, Patrick Reed, Billy Horshcel dan Chris Kirk.

“Saya berbesar hati dengan peluang yang ada untuk menunjukkan pemain elit, dengan pemain-pemain antarabangsa, yang mewakili kejayaan golf seluruh dunia,” kata Woods, yang tidak mempunyai jadual waktu untuk kembali beraksi selepas pembedahan belakang baru-baru ini dan prosedur susulan.