Saingan pasaran e-dagang India meningkat

Saingan pasaran e-dagang India meningkat

MUMBAI, 5 Ogos (AFP) – Persaingan bagi merebut keulungan dalam pasaran e-dagang India yang bertambah, antara Amazon, Flipkart dan Snapdea semakin hangat dengan cepatnya dengan pelaburan berbilion-bilion dolar, tersebar di Twitter dan berbalah berhubung hak penjualan eksklusif.

Semakin diterima selepas memasuki India pada tahun 2013, Amazon terlibat dalam persaingan dengan rakan-rakan sejawat setempatnya ketika persaingan bertambah hebat bagi bahagian lebih besar pasaran menguntungkan.

“Dalam pasaran sesak, adalah sukar untuk membezakan antara firma-firma semata-mata berdasarkan produk mereka jual atau perkhidmatan pelanggan yang disediakan,” penganalisis industri Shriram Subramanian memberitahu AFP.

“Ia amat kompetitif maka timbul keinginan sangat kuat untuk menyindir pihak lawan dalam usaha untuk dilihat oleh para pelanggan,” tambah Subramanian, ketua firma penasihat korporat India, InGovern.

Gambar fail menunjukkan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Snapdeal, Kunal Bahl ketika menghadiri sidang media di New Delhi. – AFP
Gambar fail menunjukkan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Snapdeal, Kunal Bahl ketika menghadiri sidang media di New Delhi. – AFP

Flipkart, firma e-dagang terbesar India, dan Amazon, AS, berbalas-balas ulasan pedas di Twitter baru-baru ini apabila portal Reddit India menghantar ke Twitter, gambar yang menunjukkan kotak penghantaran Amazon berada di meja penyambut Flipkart.