Saingan penjaring terbanyak La Liga

Saingan penjaring terbanyak La Liga

pg20_160402_la primera-logo

MADRID, 1 April (AFP) – Para peminat bola sepak di seluruh dunia bakal menyaksikan pertemuan dua pasukan paling mahal dalam sejarah apabila Barcelona dan Real Madrid berentap dalam ‘El Clasico’ Sabtu ini.

Barca berbekalkan kelebihan besar 10 mata berbanding Madrid dalam saingan La Liga, namun perjuangan untuk menjadi penjaring terbanyak liga antara pemain Catalan Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar dan pasukan Madrid, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale jauh lebih sengit.

Di sini, sukan AFP memaparkan sedikit kisah di sebalik jumlah jaringan enam pemain yang berhasrat untuk menjulang hadiah Pichichi Sepanyol untuk penjaring terbanyak La Liga.

CRISTIANO RONALDO (28 GOL)

pg20_160402_a

Walaupun banyak dikritik kerana tidak mencapai tahap permainan biasanya musim ini, CR7 merupakan penjaring terbanyak musim La Liga selepas beraksi sebahagian besar pada musim liga setakat ini.

Ronaldo kemarau gol empat perlawanan menentang lawan empat teratas La Liga, tetapi menghampiri rentak terbaik sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan menyumbat tujuh gol dalam lima perlawanan terakhir dan terikat dengan Raul sebagai penjaring ketiga tertinggi dalam sejarah Clasico.

LUIS SUAREZ (26 GOL)

FC Barcelona v Arsenal - UEFA Champions League Round of 16 Second Leg

Selepas bebas daripada penggantungan dan kontroversi, Suarez menjadi penjaring terbanyak Barca musim ini selepas menyumbat 43 gol dalam 43 perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk 26 untuk La Liga.

Dengan kemenangan mudah Barca, keputusan Messi untuk ‘memberikan’ penalti kepada Suarez menentang Celta Vigo Februari lalu menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pemerhati bola sepak.

Messi membenarkan Suarez untuk mengambil sepakan penalti menentang Sporting Gijon dan Rayo Vallecano adalah dengan niat untuk meningkatkan cabaran ke atas Ronaldo untuk menjadi penjaring terbanyak musim ini.

Namun, sepakan penalti bukanlah senjata paling ampuh pemain Uruguay itu memandangkan sepakan beliau semasa menentang Sporting dan Rayo dapat diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

LIONEL MESSI (22 GOL)

pg20_160402_c

Walaupun hilang dua bulan musim ini kerana kecederaan ligamen lutut dan memainkan peranan besar sebagai pencipta peluang jaringan sejak ketibaan Suarez musim lalu, ledakan 24 gol sejak awal tahun ini dan 16 gol La Liga memberikan Messi peluang untuk memburu gelaran Pichichi keempat.

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu juga semakin menghampiri satu lagi pencapaian penting kerana beliau hanya memerlukan satu gol lagi untuk mencapai 500 jaringan kerjaya selepas mencetak jaringan ke-50 untuk Argentina ketika menewaskan Bolivia dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada pertengahan minggu.

NEYMAR (21 GOL)

FC Barcelona v Arsenal - UEFA Champions League Round of 16 Second Leg

Selepas suram sejenak bersama Brazil dalam tragedi Piala Dunia 2014, Neymar kembali menemui rentak dengan menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini.

Pencapain terbaik beliau muncul semasa ketiadaan Messi pada awal kempen dengan menyumbat sembilan gol dalam enam perlawanan La Liga pada Oktober dan November sehingga memuncak dalam persembahan sensasi Barca mengaibkan Real Madrid 4-0.

KARIM BENZEMA (20 GOL)

pg20_160402_f

Pemain Perancis ini mempunyai minit terbaik yang ketara bagi setiap nisbah gol dalam La Liga dengan satu gol setiap 78 minit apabila dia beraksi di atas padang.

Benzema sering terganggu akibat masalah kecederaan musim ini dan di luar padang pula, beliau diselubungi skandal tetapi sudah selangkah lebih baik dari segi jaringan dalam kempen La Liga.

GARETH BALE (15 GOL)

pg20_160402_e

Kecederaan telah memusnahkan musim Bale, tetapi kadar ledakan mengagumkan pemain Wales itu dengan 15 gol dalam 16 aksi liga adalah musim terbaiknya berdasarkan jaringan sejak tiba di Sepanyol tiga tahun lalu.

Bale hanya menjaringkan satu gol El Clasico, tetapi jaringan itu adalah salah satu gol paling hebat beliau bersama Madrid selepas berlari separuh padang sebelum melorongkan bola untuk gol kemenangan Copa del Rey 2014.