Saingan semakin sengit

Saingan semakin sengit

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Brunei Darussalam 2016 diteruskan lagi hari ini di Kompleks Sukan Berakas dengan mempertandingkan 15 acara.

Kejohanan dimulakan dengan acara padang termasuk lompat kijang, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. Turut diadakan ialah acara balapan termasuk 1,500 meter, 400 meter dan 4 x 100 meter dan 3,000 meter.

Bagi acara padang, peserta SM Chung Hwa (BSB) tampil juara di dalam acara lompat jauh Perempuan B menewaskan Sekolah Sukan, manakala SM Tanjung Maya di tempat ketiga.

Acara lompat jauh perempuan C pula, menyaksikan penguasaan peserta SM Chung Hwa yang berjaya meraih pingat emas.

Kemudian acara Lontar peluru Perempuan B diungguli oleh peserta SM Chung Hwa BSB, masing-masing di tempat pertama dan kedua. Bagi acara Lontar Peluru C, ianya diungguli oleh peserta SM Sufri Bolkiah.

Gambar ramai pemenang-pemenang acara lempar cAkera perempuan C yang menerima hadiah masing-masing. – Gambar Khairil Hassan
Gambar ramai pemenang-pemenang acara lempar cAkera perempuan C yang menerima hadiah masing-masing. – Gambar Khairil Hassan

Peserta SM Chung Hwa (KB) telah meraih emas dalam acara rejam lembing perempuan B, yang berjaya mengalahkan peserta Sekolah Sukan. Manakala juara bagi acara Rejam Lembing C pula dimenangi oleh peserta dari SM Tanjung Maya, yang jauh meninggalkan saingannya dari SM Chung Hwa BSB.

Peserta SM Chung Hwa KB sekali lagi naik ke podium bagi memenangi pingat emas apabila beliau Berjaya mendahului acara lempar cakera perempuan B meninggalkan peserta SM Sufri Bolkiah.

Bagi acara lempar cekera perempuan C, Sekolah Sukan berjaya meraih emas meninggalkan peserta Sekolah Menengah Tanjung Maya.

Acara padang hari ini menampilkan acara 1,500 meter perempuan B yang dimenangi oleh peserta daripada SM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Sementara itu, peserta SM Sultan Hassan Bangar pula mengungguli acara 1,500 meter perempuan C apabila berjaya menumpaskan peserta dari SM Chung Hwa BSB.

Acara terakhir pada hari kedua hari ini menyaksikan SM Chung Hwa BSB tampil juara di dalam acara 3,000 meter perempuan C diikuti oleh peserta dari SM Tanjung Maya di tempat ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA