Saingan semakin sengit buat pasaran kereta

Saingan semakin sengit buat pasaran kereta

BEIJING, 25 April – Pengeluar kereta global berkumpul di Beijing hari ini untuk mempamerkan keluaran mereka tatkala persaingan menjadi semakin sengit dan pertumbuhan menjadi lembap di pasaran kereta terbesar dunia, dengan SUV dan sektor kenderaan tenaga baru menjadi tumpuan.

Pameran itu, yang berselang-seli di antara ibu negara dan pusat komersial Shanghai, diadakan selepas jualan kereta di China meningkat 4.7 peratus pada tahun lalu, merosot daripada 6.9 peratus pada 2014, data daripada kumpulan industri Persatuan Pengeluar Kereta China (CAAM) menunjukkan.

Jumlah jualan mencecah 24.6 juta pada 2015, menjadikannya satu pasaran penting untuk pengeluar asing serta jenama domestik. “Ia sedang meleset,” beritahu pengerusi dan CEO Ford China John Lawler kepada wartawan. “Pasaran benar-benar bertindak seperti satu pasaran matang dan bukannya pasaran membangun. “Ia adalah sebahagian daripada persekitaran yang lebih kompetitif.”

Lebih daripada 70 barang pameran oleh pengeluar kereta dari seluruh dunia terbentang di pusat pameran dengan orang ramai melopong memandang pada pameran kereta konsep daripada Chevrolet dan Faraday Future dan beratur untuk memandu Tesla.

Mungkin barang pameran yang paling menarik perhatian adalah syarikat baru Qiantu, yang merancang melancarkan kenderaan konsep K50, kereta sport elektrik mewah dengan badan yang diperbuat daripada gentian karbon dan aluminium – pada tahun depan.

Pelawat melihat pameran kenderaa SUV Haval di Pameran Automobil Beijing di Beijing Kelmarin. – AFP
Pelawat melihat pameran kenderaa SUV Haval di Pameran Automobil Beijing di Beijing Kelmarin. – AFP

Pengeluar Jerman Audi mempunyai kedudukan jenama yang sangat baik di China dan telah lama dilihat sebagai satu lambang yang dihasratkan oleh pengguna, namun ia juga terasa tekanan. “Sudah tentunya, persaing kami berusaha merebut saham pasaran daripada kami, dan sesetengah mereka sudah berjaya,” kata Joachim Wedler, presiden Audi China. “Ia adalah perniagaan, kami perlu bergelut dan berjuang.” Harga “semakin sukar, ia adalah jelas,” kata beliau.

Pertumbuhan KDNK China meleset kepada 6.9 peratus pada tahun lalu, tahap paling rendahnya untuk satu perempat abad, dan kebimbangan mengenai prospeknya telah menjejas pasaran saham di seluruh dunia. Namun jualan kenderaan sport utility (SUVs) dan kereta elektrik dan hibrid telah melambung, jauh mengatasi jenis kereta lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA