Saintis Jepun cari nama baru untuk asteroid

Saintis Jepun cari nama baru untuk asteroid

TOKYO, 22 Julai – Ahli sains angkasa lepas Jepun sedang mencari nama baru untuk asteroid yang mungkin mengandungi rahsia kehidupan, dengan satu pertandingan awam diadakan bermula hari ini.

Asteroid itu, yang menggunakan nama “1999 JU3” sekarang merupakan destinasi khusus untuk kapal angkasa lepas Jepun, yang diharapkan oleh pengawal misi dapat mengumpul sampel dan membawanya pulang ke Bumi.

Para penyelidik di Agensi Penjelajahan Ruang Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata 1999 JU3 mungkin mengandungi bahan organik atau hidrat yang mungkin memberikan petunjuk mengenai asal-usul dan evolusi sistem solar, serta blok kehidupan.

Kapal Hayabusa-2 mereka adalah dikhaskan untuk sampai ke asteroid pada 2018, dan pulang bersama muatannya pada 2020.

“Kami sedang meminta orang supaya menjadi sebahagian daripada program kami ketika cuti musim panas,” beritahu Makoto Yoshikawa, profesor madya dan pengurus misi JAXA, kepada wartawan.

Untuk jenis asteroid ini, nama daripada mitos sering kali dipilih sebagai sesuai oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), yang menetapkan gelaran atau nama jasad cakerawala, kata beliau.

JAXA akan memilih nama terbaik daripada mereka yang dicadangkan menerusi laman webnya, dan akan meminta kumpulan Amerika yang menemui asteroid pada 1999 supaya menghantarnya kepada IAU, kata beliau.

JAXA berharap asteroid akan dinamakan secara rasmi pada akhir tahun ini.

“Ia tidak semestinya dalam bahasa Jepun. Ia boleh diambil daripada mitos asing,” kata Yoshikawa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA