Saintis nuklear Iran dihukum mati, beri maklumat kepada AS

Saintis nuklear Iran dihukum mati, beri maklumat kepada AS

TEHRAN, 7 Ogos – Iran telah menghukum mati seorang saintis nuklear yang disabit bersalah menyerahkan maklumat ‘sulit dan penting’ kepada Amerika Syarikat (AS), menurut jurucakap badan kehakiman hari ini.

“Shahram Amiri telah dihukum gantung kerana mendedahkan rahsia tertinggi negara kepada musuh,” Gholamhossein Mohseni Ejeie dipetik sebagai berkata oleh laman berita Mizan Online.

Amiri hilang di Arab Saudi pada Jun 2009 dan muncul kembali setahun kemudian di Amerika Syarikat. Para pegawai Iran mengalu-alukannya kembali ke Iran namun hanya sedikit maklumat dikeluarkan sejak itu.

Amiri berkata selepas kembali ke republik Islam itu, dia telah ditahan di AS selama lebih setahun selepas ‘diculik’ dan diacukan senjata oleh dua ejen CIA yang bercakap bahasa Parsi di bandar Madinah, Saudi.

Ejeie berkata AS telah ‘mengakali’ oleh perkhidmatan perisikan Iran.

Gambar yang diambil pada 15 Julai 2010 menunjukkan saintis nuklear Iran, Shahram Amiri ketika menjawab persoalan jurnalis semasa tiba di Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran. – AFP
Gambar yang diambil pada 15 Julai 2010 menunjukkan saintis nuklear Iran, Shahram Amiri ketika menjawab persoalan jurnalis semasa tiba di Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran. – AFP

“Perkhidmatan perisikan Amerika merasakan Iran tidak menyedari mengenai pemindahannya ke Arab Saudi dan apa yang dilakukannya namun kami mengetahui semuanya dan telah memantaunya,” katanya dipetik oleh televisyen negara sebagai berkata.

Tehran dan Washington tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak tahun 1980, apabila para pelajar menyerbu kedutaan Amerika berikutan revolusi Islam 1979.

“Orang ini, mempunyai akses kepada maklumat sulit dan rahsia mengenai rejim, telah menubuhkan satu hubungan dengan musuh nombor satu kami, Amerika, dan telah membekalkan musuh dengan maklumat penting dan sulit Iran,” kata Ejeie. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA