Saintis rancang bina peta biodiversiti

Saintis rancang bina peta biodiversiti

BOISE, Idaho, 24 Nov – Bunyinya seperti kisah besar tentang ikan; rancangan untuk membentuk peta biodiversiti yang mengenal pasti beribu-ribu spesies akuatik di setiap sungai dan anak sungai di barat Amerika Syarikat (AS).

Namun para ahli sains berkata mereka terus menerus gigih dengan usaha besar luar biasa itu dan menjelang musim panas akan datang akan mempunyai Atlas DNA Persekitaran Akuatik yang diperolehi oleh orang awam.

Ahli biologi perikanan Perkhidmatan Perhutanan AS yang beribu pejabat di Boise Dan Isaak mengetuai projek ini dan berkata peta seumpama itu boleh membantu keputusan pengurusan tanah dan penentuan di mana untuk membelanjakan wang dan sumber terhad.

“Ia seperti Holy Grail bagi para ahli biologi untuk mengetahui bagaimana rupa peta sebenar biodiversiti,” ujarnya.

“Untuk memformatkan secara digital supaya anda boleh melakukan banyak sains dengannya adalah transformasi dari segi kualiti maklumat kita akan perlu memulihara spesies.”

Isaak berkata tinjauan tahunan boleh memberikan gambaran supaya para ahli sains boleh melihat bagaimana biodiversiti dan ekosistem berubah dalam tempoh masa. Kerana skala besar projek ini, ujarnya, contoh yang dikutip mungkin akan memerlukan bantuan dari banyak entiti, termasuklah ahli sains warganegara.

Peta itu akhirnya akan termasuklah segala-galanya daripada serangga hingga ikan salmon hinggalah memerang sungai. Ia tidak mustahil kerana teknologi baru yang boleh mengenal pasti penghuni anak sungai dengan menganalisis contoh air yang mengandungi DNA. Teknologi itu juga boleh digunakan untuk mengenal pasti spesies yang menyerang.

Teknologi itu berkembang, kata Michael Schwartz, pengarah Perkhidmatan Perhutanan Pusat Genomik Kebangsaan bagi Hidupan Liar dan Pemuliharaan Ikan di Missoula, Montana. Pada masa ini, ujarnya, ahli sains hanya boleh mengesan satu spesies dalam satu masa dalam contoh anak sungai.

Menurutnya matlamat ialah untuk mengenal pasti pelbagai spesies dalam satu ujian dari satu contoh. Anggaran kasar tentang bila ia boleh jadi ialah kira-kira setahun, ujarnya lagi.

Simpanan maklumat berharga berpotensi begitu banyak yang mana persoalan yang masa ini tidak dibayangkan mungkin timbul.

“Bila-bila masa sains melaksanakan projek besar seperti ini, anda akan mendapat ganjaran yang tidak dijangkakan,” kata Schwartz. – AP

ARTIKEL YANG SAMA