Saintis temui dinosaur bengis baru

Saintis temui dinosaur bengis baru

BUENOS AIRES, 14 Julai – Para penyelidik semalam mengumumkan mereka telah menemui dinosaur bengis pemakan daging di Argentina, yang memiliki tangan pendek seperti T-rex tetapi berasal dari cabang keluarga berbeza. Gualicho Shinyae – nama panggilan Gualicho – adalah dinosaur yang memiliki dua kaki, seperti burung. Ia mempunyai ketinggian enam meter dari kepala hingga kaki, dan mempunyai berat kira-kira 450 kilogram.

Ia agak menyerupai Tyrannosaurus rex tetapi Gualicho, yang ditemui di utara rantau Patagonia, Argentina, bukanlah anggota rapat raja dinosaur.

Anggotanya yang kontot berkembang sendiri dan bukan dari nenek moyang bertangan pendek – tanda mungkin membantu para penyelidik untuk lebih memahami bagaimana haiwan pupus berkembang.

“Ini adalah keturunan yang berbeza sama sekali. Kami hanya tergamam apabila menyedarinya,” Sebastian Apesteguia, seorang penyelidik di Majlis Penyelidikan Teknikal dan Saintifik Kebangsaan Argentina memberitahu taklimat di Buenos Aires.

Nenek moyangnya yang diketahui hanyalah Deltadromeus, dinosaur berkaki panjang dengan tangan kurus yang ditemui di Niger.

Sebastian Apesteguia bergambar berdekatan replika Gualicho, dinosaur theropod baru dengan tangan pendek keturunan Cretaceous yang hidup 90 juta tahun yang lalu ditemui di wilayah Rio Negro, Patagonia, Argentina. – AFP
Sebastian Apesteguia bergambar berdekatan replika Gualicho, dinosaur theropod baru dengan tangan pendek keturunan Cretaceous yang hidup 90 juta tahun yang lalu ditemui di wilayah Rio Negro, Patagonia, Argentina. – AFP

Penyelidikan ke atas Gualicho dalam jurnal saintifik Plos One diketuai oleh Apesteguia dan Ruben Juarez Valieri, seorang pakar dalam dinosaur karnivor di wilayah Rio Negro, Argentina. Nama baru dinosaur Gualicho dalam menghormati dewa penduduk asli setempat dengan kuasa ke atas binatang dan angin. Dan Shinyae adalah dalam menghormati Akiko Shinya, ketua penyedia fosil di Muzium lapangan Chicago yang menemui tulang tidak lengkap ketika melakukan kerja pengorekan.

“Kami menemui Gualicho pada hujung ekspedisi, Pete berseloroh. ” Hari terakhir, adalah baik menemui sesuatu yang baik,” dan saya berkata “Pete, saya telah menemui sesuatu’. Saya sekali gus mengatakan ia adalah yang bagus.”

Dia merujuk kepada Peter Makovicky, Kurator dinosaur Muzium itu. “Gualicho adalah sejenis dinosaur mozek, ia memiliki ciri yang lazimnya ditemui dalam pelbagai jenis theropod,” kata Makovicky dalam satu kenyataan. – AFP