Saintis temui sotong kurita seperti ‘hantu’ di Hawaii

Saintis temui sotong kurita seperti ‘hantu’ di Hawaii

WASHINGTON, 6 Mac (AFP) – Para saintis telah menemui sotong kurita ‘bercirikan hantu’ dalam perairan Hawaii yang nampaknya adalah dari spesies yang tidak diketahui sebelum ini, menurut para penyelidik.

Bot penyelidikan boleh tenggelam terlihat sotong kurita kecil lut cahaya secara kebetulan kira-kira 2.5 kilometer perairan Pulau Necker di hujung barat laut Kepulauan Hawaii, menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan AS (NOAA).

“Ketika ROV (bot yang digerakkan dari jauh) merentasi kawasan rata berbatu yang berselerak sana-sini dengan mendapan pada 4,290 meter, ia bertemu dengan sotong kurita kecil luar biasa yang sedang duduk di atas batu besar rata yang berdebu dengan lapisan kecil mendapan,” menurut Micheal Vecchione dari NOAA.

“Kemunculan haiwan ini tidak seperti sebarang catatan yang pernah disiarkan dan adalah pemerhatian paling dalam bagi jenis haiwan laut seperti ini, tambahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Mac.

Sotong yang ditemui pada kedalaman 4,290 meter yang kelihatan seperti ‘hantu’ ditemui di Pulau Necker atau Mokumanamana. – Reuters
Sotong yang ditemui pada kedalaman 4,290 meter yang kelihatan seperti ‘hantu’ ditemui di Pulau Necker atau Mokumanamana. – Reuters

Sotong kurita itu yang diberi gelaran ‘Casper the Friendly Ghost’ dalam media sosial – dirakam dalam kamera oleh Okeanos Explorer, yang digunakan oleh NOAA untuk menerokai geologi bawah air dan hidupan laut di bahagian-bahagian lautan dunia yang kurang diketahui.

Vecchione berkata sotong kurita yang baru ditemui itu memiliki barisan penyedut pada setiap tentakel dan bukannya dua yang seperti selalunya, tetapi ‘terutamanya luar biasa kerana ia kurang sel pigmen, dipanggil chromatophores, kebiasaan kebanyakan sefalopod, dan nampaknya tidak begitu berotot.”

“Ia hampir pasti spesies yang tidak dihuraikan dan mungkin bukan dari mana-mana genus yang dihuraikan,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA