Saintis Washington lancar usaha pendigitalan ikan

Saintis Washington lancar usaha pendigitalan ikan

SEATTLE, 27 Julai – Profesor biologi dari Universiti Washington, Adam Summers tidak lagi perlu memujuk kakitangan hospital untuk menggunakan pengimbas CT mereka untuk mendapatkan bayangan struktur dalaman ikan pari dan ikan lain.

Musim luruh lepas, dia telah memasang sebuah pengimbas tomografi komputer (CT scan) di Makmal Friday Harbor UW di Pulau San Juan di negeri Washington dan melancarkan projek untuk mengimbas dan mendigitalkan kesemua lebih 25,000 spesies ikan di dunia.

Matlamatnya adalah untuk mempunyai gedung penjelasan bagi data pengimbas CT yang boleh diakses oleh para penyelidik di mana-mana saja untuk menganalisis morfologi, atau struktur, atau spesies tertentu.

Sejauh ini, dia bersama yang lain telah mendigitalkan imej lebih 500 spesies, dari ikan poacher hingga ikan sculpin, dari koleksi muzium di seluruh dunia. Dia merancang untuk menambah ribuan ekor ikan lagi dan telah mengundang beberapa ahli saintis untuk menggunakan pengimbas CT, atau menambah imbasan mereka sendiri ke pangkalan data yang dapat diakses.

Imej yang disumbangkan oleh Adam Summers ini menunjukkan imbasan spesies ikan Trinectes Maculatus yang juga dikenali sebagai Hogchoker. Summers menggunakan tomografi komputer atau pengimbas CT di sebuah makmal di Pulau San Juan, Washington. – AP
Imej yang disumbangkan oleh Adam Summers ini menunjukkan imbasan spesies ikan Trinectes Maculatus yang juga dikenali sebagai Hogchoker. Summers menggunakan tomografi komputer atau pengimbas CT di sebuah makmal di Pulau San Juan, Washington. – AP

“Kami mempunyai kawan-kawan dari seluruh dunia untuk menggunakan mesin ini,” kata Summers, yang menasihatkan Pixar tentang bagaimana ikan bergerak bagi filem animasinya ‘Finding Nemo’ dan ‘Finding Dory’ dan digelar ‘lelaki ikan dogeng’ bagi kredit ‘Nemo’.

Dia telah mengumpulkan AS$340,000 untuk membeli pengimbas CT pada November. Sama seperti yang digunakan di hospital-hospital, pengimbas CT mengambil imej X-ray dari pelbagai sudut dan menggabungkannya untuk mewujudkan imej ikan tiga dimensi.

Dengan setiap pengimbas CT dia menyiarkannya ke Open Science Framework, sebuah laman web perkongsian, yang orang bertanya kepadanya, “Apa yang anda akan imbas seterusnya?” dia menjawab: “Saya ingin mengimbasnya semua. Saya mahu mengimbas semua ikan.”

Pengimbasan biasanya menelan belanja AS$500 hingga AS$2,000 setiap satu, namun projek Summers menyediakan akses percuma kepada pengimbasan itu. – AP