Sajian kuih t...

Sajian kuih tradisi Melayu

SAJIAN kuih-muih tempatan memang sedap untuk dinikmati tidak kira pada waktu pagi atau petang kerana warisan tradisi ini mampu untuk memberikan kepuasan kepada para penggemarnya.

Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari dan cara-cara pembuatannya juga ringkas setentunya dapat memikat hati sewaktu menyediakan. Selamat mencuba!

Seri Muka Durian

M11 A_13217

Bahan-bahan lapisan (loyang 10 inci)

2 cawan pulut

2 cawan santan cair

1 sudu kecil minyak

Sedikit garam

Bahan lapisan atas:

3 cawan santan

1 cawan gula pasir

1 biji telur

1 cawan isi durian

½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung kastard

¼ cawan tepung beras

1 sudu kecil garam

Cara membuat bahagian lapisan bawah:

Cuci pulut dan rendamkan selama empat jam.

Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan tuangkan santan cair yang bercampur dengan sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.

Setelah masak, angkat dan tekan-tekankan sehingga padat.

Masukkan ke dalam kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Cara membuat bahagian lapisan atas:

Satukan santan, gula, telur dan isi durian. Kisar sebati.

Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.

Apabila sudah sebati, masukkan bahan kisar ini ke dalam periuk dan kacau. Tambahkan sedikit pewarna kuning,

Masak bahan lapisan atas sehingga naik wap, lebih kurang 10 minit dan sentiasalah dikacau sehingga adunan menjadi seakan-akan susu pekat.

Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api yang sederhana.

Apabila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, barulah ia dipotong dengan menggunakan pisau plastik dan hidangkan.

Kuih Lapis

M11 B_13217

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

4 cawan santan iaitu satu cawan santan pekat campurkan dengan tiga cawan air

¼ sudu teh garam

Sedikit pewarna merah dan perisa ros.

Cara membuat:

Panaskan seketika santan di dalam periuk. Tutup api.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk yang diikuti dengan santan. Kacau sebati supaya ia tidak berketul.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200 ml.

Bahagikan kepada 600 ml setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.

Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama lima minit dengan kadar api yang kuat.

Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah. Kukus lagi selama lima minit.

Ulang proses hingga enam lapisan dengan diakhiri lapisan merah iaitu lapisan akhir ini ditambahkan lagi dengan sedikit pewarna merah agar warnanya lebih menyerlah dan garang.

Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.

Kemboja Pandan

M11 C_13217

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum

1 ½ cawan gula pasir

2 cawan santan pekat

15 helai daun pandan yang dikisar serta campurkan dengan 1 cawan air bagi mendapatkan jus pandan

4 biji telur

½ sudu kecil garam

2 sudu besar minyak sapi untuk dioleskan dengan satu sudu kecil pada setiap acuan.

Bijan secukupnya

Cara membuat:

Panaskan oven pada suhu 200°C. Sediakan empat buah acuan baulu kemboja.

Kacau gula bersama telur sehingga larut.

Kemudian masukkan santan bersama telur dan adun sebati.

Tapis adunan supaya tepung tidak berketul.

Tuang adunan ke dalam acuan

dan bakar di dalam oven selama 10 minit.

Keluarkan adunan yang separuh masak tadi dan taburkan bijan di atasnya.

Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga kuih masak dan berkerak.

ARTIKEL YANG SAMA