Sajian ‘Malam Kampung Nelayan’

Sajian ‘Malam Kampung Nelayan’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Rizqun Coffee House kini sedang menawarkan promosi bufet makan malam terbarunya bertemakan Sajian ‘Malam Kampung Nelayan’ yang berlangsung selama sebulan dari 1 Ogos hingga 2 September.

Promosi bufet di Rizqun Coffeehouse, Gadong ini menyajikan pelbagai jenis pilihan hidangan Melayu setiap hari dengan lima jenis menu akan diputar setiap hari bagi pelanggan yang menginginkan hidangan istimewa makan malam mereka.

Lebih 50 jenis pilihan makanan disajikan, antaranya nasi goreng kampung, mi goreng sayur, ikan tenggiri, ketam, udang, ikan liking, bergedel sayur, telur dadar dengan sos cili, kentang bakar berkeju, sup kambing dan aneka tumisan sayur kampung.

Aneka tumisan sayur kampung yang pastinya menarik perhatian ramai pelanggan tempatan.
Aneka tumisan sayur kampung yang pastinya menarik perhatian ramai pelanggan tempatan.
Seorang cef ketika sedang menumpah ambuyat, antara menu hidangan Melayu yang ditampilkan oleh Rizqun Coffee House.
Seorang cef ketika sedang menumpah ambuyat, antara menu hidangan Melayu yang ditampilkan oleh Rizqun Coffee House.

Antara menu yang menarik perhatian sebagai juadah kegemaran ramai ialah ambuyat dengan pelbagai cecah seperti binjai, mambangan, tempoyak, air asam, cili padi, kasturi, cencaluk, dadah tahai, dan bubuk kering yang boleh dinikmati oleh pelanggan.

Selain itu juga, Rizqun Coffee House masih menjalankan promosi Bufet makan petang bermula 3 hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA