‘Sajian Nostalgia Sungkai Bufet’ di Centrepoint Gadong

‘Sajian Nostalgia Sungkai Bufet’ di Centrepoint Gadong

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Sempena bulan Ramadan ini, Restoran Seasons, di Centrepoint Gadong, menawarkan “Sajian Nostalgia Sungkai Bufet” dengan menampilkan pelbagai hidangan yang menyelerakan.

Antara yang disajikan termasuk, Nasi Istanbul, Nasi Bingkisan Kasih, Sotong Moi Kong, Tumis Labu, Daging Bamia dan banyak lagi.

Bufet ini juga menawarkan gerai-gerai hidangan seperti Gerai Ais Kacang, Gerai Cucur, Gerai Murtabak dan sebagainya.

Sepanjang promosi ini, pemegang kad istimewa RBC akan mendapat diskaun 10 peratus.

pg13_150625_d

Pelbagai juadah berbuka puasa yang disajikan di Restoran Seasons.
Pelbagai juadah berbuka puasa yang disajikan di Restoran Seasons.

Semasa bulan Ramadan ini, Restoran Seasons menjalankan perniagaan dari pukul 6.30 pagi hingga 11 malam setiap hari, bagi hari Jumaat pula ia akan tutup bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang.

ARTIKEL YANG SAMA