Sakeena terima anugerah WISE kelima

Sakeena terima anugerah WISE kelima

pg16_151106_cLONDON, 5 Nov (Reuters) – Seorang wanita Afghanistan yang membantu sekolah-sekolah rahsia pada ketika Taliban mengharamkan pendidikan bagi budak perempuan, telah menerima penganugerahan hadiah tahunan kali kelima WISE semalam kerana membawa pendidikan kepada masyarakat yang terpinggir.

Sakeena Yacoobi (gambar) telah mengasaskan Institusi Pembelajaran Afghan (AIL) dalam tahun 1995, dengan menyediakan persekolahan dan penjagaan kesihatan di kem pelarian Afghan di Pakistan dan juga menubuhkan sekolah rumah rahsia, yang ditutup apabila pemerintahan Taliban berakhir pada tahun 2001.

Sejak itu badan amal itu meluaskan usahanya, dengan membantu 12 juta orang penduduk, kebanyakan mereka budak perempuan di bahagian terpinggir dan luar bandar di Afghanistan, menurut World Innovation Summit for Education(WISE).

“Ia terutamanya bermakna kerana ini adalah detik genting seumpama itu di Afghanistan,” kata Yaccobi, yang menerima hadiah di Doha, Qatar. “Saya mendedikasikan anugerah ini kepada AIL dan semua wanita, lelaki dan kanak-kanak yang kami sediakan pendidikan untuk mereka.”

Taliban telah melancarkan serangan berterusan sejak pengunduran kebanyakan tentera asing lewat tahun lalu, yang membebankan sumber terbatas pasukan Afghanistan. Kebanyakan daerah di seluruh negara kini sepenuhnya atau sebahagiannya di bawah kawalan Taliban.

Anugerah hadiah pendidikan $500,000 dianugerahkan oleh WISE, yang ditubuhkan oleh Yayasan Qatar, mengiktiraf individu-individu atau pasukan yang berjaya menangani cabaran pendidikan sejagat yang boleh mewujudkan perubahan sebenar kepada masyarakat,” Wanita Pertama AS Michelle Obama juga bercakap pada persidangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA