Sakho ditinggalkan lagi

Sakho ditinggalkan lagi

LIVERPOOL, 30 Sept – Liverpool yang berada di prestasi terbaiknya akan menuju ke Swansea City esok tanpa Mamadou Sakho dengan pemain itu dikatakan berusaha untuk membaiki hubungannya dengan pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Pemain Perancis itu mendakwa di laman sosial media Snapchat sebelum kemenangan 5-1 Liverpool kepada Hull City minggu lalu yang kelab itu ‘menipu’ mengenai kecergasannya.

Klopp sejak itu bercakap kepada skuadnya itu sebagai sebuah pasukan dan juga kepada pertahanan itu secara bersendirian bagi mengingatkan mereka tanggungjawab mereka.

Ditanya jika Sakho perlu bekerja lebih keras dan mendiamkan diri untuk mendapat tempat kembali dalam kesebelasan utama Liverpool, Klopp berkata: “Ia bukanlah apa yang perlu dilakukan Mamadou Sakho.

“Ia adalah apa yang perlu dilakukan setiap pemain. Kerja keras dan melakukan terbaik. Ini adalah bagaimana yang diperlukan setiap pemain.

“Saya bercakap kepada pasukan dan bercakap dengan Mama, dan kami berbincang sama dan itu sajak. Daripada pihak saya, semuanya sudah selesai dan kami perlu teruskan.”

Sakho dipinggirkan selama lima bulan selepas dia digantung pada April lalu berikutan dakwaan doping yang disiasat UEFA yang mana kemudiannya selesai.

Tetapi pemain itu bermain bagi pasukan bawah 23 tahun kelab dalam perlawanan menentang Wolfsburg kelmarin dan akan mewakili mereka pada Ahad ini apabila menentang Ipswich. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA