Sakho terlepas pembukaan musim

Sakho terlepas pembukaan musim

LIVERPOOL, 14 Julai – Kisah malang Mamadou Sakho berterusan dengan pendedahan oleh penguus Liverpool Jurgen Klopp bahawa pemain pertahanan antarabangsa Perancis itu dijangka tidak beraksi dalam permulaan kempen Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 26 tahun itu – yang terlepas perlawanan final Europa League dan Euro 2016 disebabkan kegagalan ujian dadah di mana dia mendapat tahu pada minggu lalu bahawa UEFA tidak akan mendakwanya – sedang mengalami masalah Achilles.

“Mama mempunyai masalah dengan Achilles apabila dia bermain, satu hari bermasalah, satu hari tidak,” kata Klopp.

“Apabila dia berehat, dia menggunakan masa untuk mendapatkan rawatan dan sekarang ia bermakna tiga atau empat minggu sebelum dia boleh berlatih sekali lagi.

“Tidak adanya pembedahan, dia tidak berlatih buat masa sekarang. Dia menjalani pemulihan dan ia bukan satu situasi yang baik baginya, bagi kami, semua oang.

Sakho terlepas aksi pembukaan musim kerana belum cergas sepenuhnya. – AP
Sakho terlepas aksi pembukaan musim kerana belum cergas sepenuhnya. – AP

“Adalah tidak penting apa yang boleh saya katakan disebabkan semua orang memikirkan yang sama.

Dia berada di sini, dia tidak hadir buat masa sekarang tetapi dia sedang menjalani pemulihan. Kami akan melihat bagaimana dia bertindak dan seterusnya bila dia boleh bermain sekali lagi.”

Ketidakhadiran Sakho dari awal musim bulan depan meninggalkan Klopp kekurangan pemain pertahanan.

Veteran Slovak Martin Skrtel berada di Turki untuk mendapatkan pemain untuk Fenerbahce dan pemain Ivory Coast Kolo Toure telahpun dilepaskan meninggalkan pemain Croatia Dejan Lovren, pemain antarabangsa Cameroon Joel Matip, yang datang berdasarkan perpindahan percuma daripada pasukan Bundesliga Schalke 04, sementara pemain Jerman Emre Can juga berupaya menjaringkan gol di bahagian perta-hanan. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA