Saksi gerhana cahaya merah saga

Saksi gerhana cahaya merah saga

WASHINGTON, 28 Sept (AFP) – Semalam orang menyaksikan peristiwa luar biasa astronomi apabila bulan purnama dan gerhana matahari bergabung buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad, yang memperlihatkan satelit Bumi bermandikan cahaya merah saga.

Paparan cakerawala , yang dapat dilihat dari negara-negara Amerika, Eropah, Afrika, Asia Barat dan Pasifik Timur, adalah ekoran matahari, Bumi dan bulan yang lebih besar dari biasa dan lebih bercahaya sebarisan selama lebih sejam.

Gambar-gambar dari Perancis, Argentina dan AS, telah merakamkan pergerakan gerhana bulan hinggalah bahagian akhir merah menyala.

Di Brooklyn, New York, orang ramai berhimpun di plaza-plaza dan laluan jalan kaki, merenung langit dan cuba mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar mereka – meskipun di bandar-bandar lain, termasuklah di Washington, awan menutupi kebanyakan pemandangan.

Gerhana gabungan bulan purnama dan matahari pada 27 September di New York City, New York yang tidak akan berlaku lagi sehingga tahun 2033. – AFP
Gerhana gabungan bulan purnama dan matahari pada 27 September di New York City, New York yang tidak akan berlaku lagi sehingga tahun 2033. – AFP

Sementara fenomena ini tidak dapat dilihat di mana-mana bandar besar India, mereka yang menyaksikan dan membawa bersama teleskop dapat melihat secara sepintas lalu gerhana di timur laut terpencil negara. Peristiwa ini juga membawa kepada spekulasi di kalangan beberapa pengikut Gereja bahawa malapetaka besar akan berlaku.

Para pegawai gereja terpaksa mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran tentang kepanikan, dengan berkata sementara para anggota seharusnya bersedia dari segi semangat dan fizikal bagi jatuh bangun kehidupan’ mereka seharusnya menghindar dari ‘terperangkap dalam usaha keterlaluan untuk menjangka peristiwa yang menimbulkan bencana.”

“Bulan merah saga” yang setakat ini tidak ada kesan yang memberi ramalan – nampaknya berperingkat-peringkat di seluruh planet ketika satelit mencapai titik kedudukan bulan yang terdekat dengan Bumi, dipanggil perigee, sementara dalam fasanya paling terang.