Saksi pembukaan rasmi UEFA EURO di Paris

Saksi pembukaan rasmi UEFA EURO di Paris

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Tuah memihak Awang Mohd Razali bin Haji Junaidi apabila terpilih memenangi hadiah utama promosi cabutan bertuah ‘KIA Lucky Drive to France’ berupa tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Paris, Perancis bagi menyaksikan pembukaan rasmi UEFA EURO 2016 termasuk lawatan di negara tersebut.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran KIA, Beribi pagi tadi ialah wakil Ketua Pemasaran BIBD At-Tamwil, Awang Firdaus Mokim.

Awang Mohd Razali semasa ditemui Media Permata melahirkan perasaan gembira dan tidak menyangka akan menang.

Menurutnya, beliau menyertai cabutan ini setelah membeli kereta Cerato April yang lalu.

Awang Mohd Razali memenangi tiket penerbangan untuk dua orang ke Paris bagi menyaksikan perlawanan pembukaan UEFA EURO 2016.
Awang Mohd Razali memenangi tiket penerbangan untuk dua orang ke Paris bagi menyaksikan perlawanan pembukaan UEFA EURO 2016.
Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.
Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.

Manakala itu, pemenang kedua, Nicholas Stuart Hendry telah membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB dan Dayang Nati binti Sumarto pula memenangi telefon pintar Samsung S6 Edge+ 32GB selaku pemenang ketiga.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Dayang Noraha binti Abdul Malek yang memenangi Samsung S2 Smart Watch dan Awang Mohd Rifa’ie bin Muhd Shahren dengan membawa pulang Samsung Galaxy Tab S2 9.0 LTE.

Promosi cabutan bertuah ini merupakan anjuran Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam bagi menyokong rakan kongsi mereka, UEFA EURO 2016 yang bersempena dengan menjelangnya Kejohanan UEFA EURO 2016 dan cabutan ini telah diadakan pada 1 Mac lalu sehingga 30 April.

ARTIKEL YANG SAMA