Saksikan kehebatan MINI

Saksikan kehebatan MINI

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Para peminat kereta Mini kini berpeluang menyaksikan model-model terbaru jenama dari British itu pada Jerayawara Mini yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga 4 Oktober di Pusat Membeli-belah Times Square.

Pada jerayawara anjuran QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Mini di Brunei itu, pengunjung berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan jenama Mini dan juga model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di negara ini.

Model-model yang dipamerkan termasuk Mini Hatchback yang popular, Mini Coupe, Mini, Mini Countryman dan model terkini Mini Paceman yang baru dilancarkan pada pertengahan 2013.

Para pengunjung melihat secara lebih dekat salah sebuah kereta Mini yang dipamerkan.
Para pengunjung melihat secara lebih dekat salah sebuah kereta Mini yang dipamerkan.

pg04_151003_b

Model-model Mini dipamerkan dalam Jerayawara Mini yang diadakan sehingga 4 Oktober ini di Pusat Membeli-belah Times Square.
Model-model Mini dipamerkan dalam Jerayawara Mini yang diadakan sehingga 4 Oktober ini di Pusat Membeli-belah Times Square.
Cenderamata Mini daripada koleksi Mini Lifestyle juga boleh diperolehi.
Cenderamata Mini daripada koleksi Mini Lifestyle juga boleh diperolehi.

Selain itu, peminat Mini juga boleh mendapatkan cenderamata Mini berkualiti tinggi dan tulen daripada koleksi Mini Lifestyle dengan potongan harga 40 peratus.

Salah seorang perwakilan Mini, Dayang Felda berkata, acara seumpama ini adalah sebagai platform terbaik untuk semua menyaksikan model-model Mini yang popular di negara ini. “Tambahan lagi, kumpulan jualan Mini juga akan membantu memberikan maklumat lanjut model-model yang mereka minati,” tambahnya.