Saling bantu golongan yang memerlukan

Saling bantu golongan yang memerlukan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dengan keluarga yang kurang berkemampuan di bulan mulia ini, Yusof Halim & Partners Advocates & Solicitors bersama Majlis Kesejahteraan (MKM) telah mengadakan Majlis Iftar di Restoran Stadium.

Majlis berbuka puasa yang diadakan buat tahun kelima itu dihadiri oleh seramai 206 orang pelanggan MKM yang terdiri daripada 40 buah keluarga dan jemputan.

Pada majlis itu, Presiden MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim bersama Haji Yusof Shaik Halim dari Yusof Halim & Partners Advocates & Solicitors telah menyampaikan sumbangan zakat dan kuih raya kepada keluarga-keluarga yang tersenarai dalam MKM.

Para hadirin dan jemputan menikmati juadah berbuka puasa di Restoran Stadium.
Para hadirin dan jemputan menikmati juadah berbuka puasa di Restoran Stadium.

Majlis tersebut bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga MKM. Terdapat daripada mereka menyatakan bahawa ia merupakan kali pertama mereka makan di luar dan menikmati hidangan yang istimewa.

MKM merupakan organisasi bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Register of Societies pada 2 Disember 2009.

ARTIKEL YANG SAMA