Salman bebas dari tuduhan

Salman bebas dari tuduhan

JODHPUR, India, 25 Julai – Mahkamah India hari ini membebaskan bintang filem Bollywood Salman Khan di atas tuduhan membunuh hidupan liar 18 tahun lalu, yang menamatkan kes terbaru paling lama ke atas seorang pelakon.

Pada tahun 2006 Khan disabitkan dengan kesalahan memburu antelop kecil yang jarang dapat ditemui (gazel) ketika dia dalam penggambaran sebuah filem di negeri utara, Rajasthan lapan tahun sebelumnya.

Dia telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan lima tahun penjara bagi dua kes berasingan menembak haiwan-haiwan itu, tetapi pelakon itu telah memfailkan rayuan yang telah menghalangnya dari berlakon.

Mahkamah Tinggi Nirmaljit Kaur membebaskan pelakon itu dalam kedua-dua kes, dengan memerintahkan bahawa butir-butir kecil yang ditemui dari haiwan itu bukan dilepaskan dari senapang Khan.

“Mahkamah Tinggi tidak menyetujui bukti pendakwaan atau dokumennya dalam kedua-dua kes. Jelas, adalah perkara baik lelaki tidak bersalah telah menerima hukuman,” peguam Khan, Hastimal Saraswat memberitahu NDTV.

Pelakon bujang berusia 50 tahun itu tidak hadir di mahkamah di bandar utara Jodhpur untuk mendengarkan pengadilan itu.

Mahkamah-mahkamah India kerap diketahui mengambil masa beberapa tahun dan kadangkala berdekad-dekad untuk mengumumkan keputusan kerana ketiadaan sumber dan terlalu banya kertas kerja.

Khan masih berdepan kes berasingan iaitu menggunakan senjata api tanpa lesen untuk menembak rusa hitam, spesies antelop semula jadi yang dilindungi, di Rajashtan.

Pelakon itu, yang dikenali memainkan watak lelaki kasar dalam filem Hindi, adalah salah seorang yang menjadi tarikan terbesar industri filem India dan telah membintangi lebih 100 buah filem dan rancangan televisyen. – AFP