Salman lancar perang psikologi

Salman lancar perang psikologi

DOHA, 1 Feb – Calon Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sheikh Salman Ebrahim Al-Khalifa menegaskan hanya beliau atau Gianni Infantino dari Eropah saja mampu memenangi perlumbaan menjadi pemimpin badan induk bola sepak dunia itu.

Malah, beliau yang juga Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia, seakan sengaja memberi tekanan kepada tiga calon lain dengan berkata mana-mana calon yang tidak mendapat sokongan secukupnya supaya tidak bertanding pada 26 Februari ini.

Media Afrika Selatan sudah pun membuat spekulasi bahawa calon benua Afrika Tokyo Sexwale akan menarik diri minggu ini, walaupun beliau menafikannya kepada AFP.

Ditanya calon manakah mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perebutan kerusi panas itu, Sheikh dari Bahrain, berkata: “Secara realistik daripada lima calon, hanya dua.”

Sheikh Salman ketika bersalaman dengan pemain. – Reuters
Sheikh Salman ketika bersalaman dengan pemain. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA