Salomon senjata Baggies

Salomon senjata Baggies

LONDON, 12 Ogos – Kelab Liga Perdana, West Bromwich Albion mengumumkan pembelian penyerang Salomon Rondon dengan rekod kelab sekitar 12 juta pound.

Rondon, pemain kebangsaan Venezuela, menyertai Baggies dengan kontrak empat tahun dari kelab Russia, Zenit St Petersburg.

Yuran itu mengatasi angka 10 juta pound yang dibayar Albion terhadap Brown Ideye pada awal musim lalu.

“Saya amat gembira berada di sini,” kata Rondon. “Ini peluang baru dalam karier saya.

“Kelab ini mempamerkan minat mendalam terhadap saya. Itu sesuatu yang penting buat seorang pemain. Ada harapan besar yang diberikan terhadap saya. Saya tidak sabar untuk bersama pemain lain dan beraksi.”

Salomon Rondon senjata baru West Brom selepas melengkapkan perpindahan 12 juta pound. – Reuters
Salomon Rondon senjata baru West Brom selepas melengkapkan perpindahan 12 juta pound. – Reuters

Rondon, yang turut beraksi dengan Malaga dan Rubin Kazan sebelum ini, mencuri tumpuan pengurus Albion, Tony Pulis selepas menjaringkan 20 gol dalam 37 perlawanan bersama Zenit musim lalu.

“Dia memiliki rekod jaringan fantastik di beberapa liga utama Eropah dan negaranya,” ujar Pulis. – AFP