Salvador juga mahu siasatan PBB

Salvador juga mahu siasatan PBB

SAN SALVADOR, 6 Sept (AFP) – Beribu-ribu warga Salvador membanjiri jalan raya semalam bagi menuntut siasatan antirasuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti yang dilakukan di Guatemala yang menjurus kepada gelombang bantahan dan peletakan jawatan presidennya.

“Kami mahukan CICIES, kami mahukan CICIES,” seramai 3,000 orang yang mengadakan demonstrasi melaungkan sedemikian di San Salvador.

Mereka merujuk kepada Suruhanjaya Antarabangsa Menentang Bebas Daripada Hukuman PBB versi Salvador di Guatemala, dikenali sebagai CICIG.

Bekas presiden Guatemala Otto Perez dituduh menyelia skim rasuah besar-besaran yang dikatakan menyelubungi agensi kastam negara berkenaan.

Beliau menyaksikan keimunannya daripada pendakwaan ditarik balik oleh Kongres pada Selasa lepas, dan pada rabu beliau meletak jawatan serta diberkas atas arahan mahkamah.

Aksi sebahagian warga Salvador ketika mengadakan demonstrasi menentang keganasan di San Salvador, pada 5 September 2015. – Reuters
Aksi sebahagian warga Salvador ketika mengadakan demonstrasi menentang keganasan di San Salvador, pada 5 September 2015. – Reuters

Para pendakwa raya berkata Perez, jeneral bersara berusia 64 tahun, mengendalikan rangkaian pegawai yang rasuah dengan mengutip wang daripada ahli perniagaan melalui pelepasan cukai import kastam.

Rasuah tersebut bernilai sehingga AS$3.8 juta berkisar di antara Mei 2014 dan April 2015, termasuk AS$800,000 yang diterima oleh Perez, dakwa para pendakwa raya.

Tuduhan tersebut mencetuskan kemarahan selama berbulan-bulan di Guatemala – negara yang mempunyai 15 juta penduduk, di mana 53.7 peratus populasinya dalam keadaan miskin dan parut perang saudara selama 36 tahun yang berakhir pada 1996 masih lagi segar.

Warga Salvador – juga sudah bosan dengan perang saudara dan perang geng selama 25 tahun – berkata kini giliran mereka pula. Dan jika mereka tidak dapat menghapuskan rasuah secara sendiri, kini masanya untuk merujuknya kepada badan dunia.

Sambil mengibarkan bendera kebangsaan mereka, warga Salvador mengadakan demonstrasi sambil melaungkan “Sesiapa yang menentang CICIES adalah sama ada rasuah – atau melindungi mereka yang rasuah” dan “Kami mahukan keamanan.”