Sama-sama ambil peduli

Sama-sama ambil peduli

SAYA amat terkejut dan terkilan apabila pulang ke kampung halaman baru-baru ini, di Daerah Temburong, perkara pertama saya lihat adalah rumput-rumput panjang, semak dan belukar yang hampir menutupi bahu kiri-kanan jalan.

Semak-semak tersebut bukan saja tinggi hampir menyamai ketinggian kereta salon malah pengadang besi jalan ada yang sudah ‘dimakan lalang’ tidak lagi kelihatan sama sekali.

Perkara tersebut, boleh mengakibatkan kemudaratan dan bahaya kepada semua pengguna jalan raya berkenaan termasuk pemandu kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal dan sebagainya kerana belukar yang menyempitkan jalan telah menyukarkan pemandangan pemandu dan kemunculan haiwan berbisa dari semak-semak.

Semak yang mencemarkan pemandangan indah dan kehijauan semula jadi di sebatang jalan raya daerah tersebut yang terkenal dengan jolokan ‘pertama hijau’.
Semak yang mencemarkan pemandangan indah dan kehijauan semula jadi di sebatang jalan raya daerah tersebut yang terkenal dengan jolokan ‘pertama hijau’.

Bukan itu saja, jalan rayanya juga banyak berlopak dan berlubang-lubang besar yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan dan kemalangan.

Oleh yang demikian, bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di sekitar kawasan tersebut, ada baiknya pihak-pihak yang berkenaan ambil peduli mengenai hal ini dan bermuzakarah semasa penduduk kampung bagaimana untuk mengatasinya.

Jalan-jalan tersebut menjadi laluan setiap hari para penduduk dan pengguna jalan raya yang transit dari negara-negara jiran, perlulah diusahakan sesegera mungkin dan sudah tiba masanya untuk bertindak bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang berpemedulian dengan bergotong-royong membersihkan semak di setiap jalan kampung masing-masing. – Rakyat Prihatin

ARTIKEL YANG SAMA