Sama-sama jaga keindahan alam sekitar

Sama-sama jaga keindahan alam sekitar

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Sukarelawan yang terdiri daripada penduduk Rancangan Perpindahan Negara (RPN) Kampung Meragang bersama 10 orang kakitangan di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan Negara, baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti bergotong-royong membersih dan memotong rumput di sekitar jalan-jalan utama di Kawasan Perumahan RPN Kampung Meragang.

Adapun tujuan aktiviti itu dijalankan adalah bagi membantu pihak kerajaan dalam sama-sama menjaga keindahan alam sekitar.

Hadir sama menyertai aktiviti itu ialah Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Ahmad yang juga selaku Pemangku Ketua Kampung RPN Meragang.

Turut hadir ialah Ketua Biro Keselamatan Aktiviti, Awang Mohd Hadi Muslim bin Abdullah. Beliau selaku wakil warga RPN Kampung Meragang turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli MPK RPN Meragang dan semua yang terlibat dalam aktiviti tersebut bagi sama-sama menjaga kebersihan kampung dan alam sekitar di kampung berkenaan.

Semasa aktiviti begotong-royong membersihkan kawasan di RPN Kampung Meragang.
Semasa aktiviti begotong-royong membersihkan kawasan di RPN Kampung Meragang.

ARTIKEL YANG SAMA