Sama-sama jaga keselamatan kampung

Sama-sama jaga keselamatan kampung

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Dalam sama-sama memastikan kawasan kampung selamat daripada jenayah dan aktiviti kurang sihat, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Pusat dengan kerjasama Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung STKRJ Rimba, Gadong, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah, malam tadi.

Rondaan di sekitar Kampung STKRJ Rimba, Gadong ini diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, ASP Haji Naguib bin DP Haji Ismail.

Turut serta ialah Ketua Kampung STKRJ Rimba Gadong, Awang Abdul Wahab bin Timbang serta 16 ahli pengawasan kejiranan dari kampung tersebut.

Rondaan yang bermula pukul 11 malam hingga kira-kira 1.30 pagi ini juga dilaksanakan bagi membuka mata penduduk kampung mengenai keadaan pada waktu malam apabila kejadian jenayah kerap berlaku.

Anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan yang menyertai rondaan pencegahan jenayah berkenaan.
Anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan yang menyertai rondaan pencegahan jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengalu-alukan penyertaan penduduk kampung untuk menjadi ahli Pengawasan Kejiranan dengan menghubungi ketua kampung di kawasan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA