Sama-sama memeriahkan sambutan Aidiladha

Sama-sama memeriahkan sambutan Aidiladha

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) kelmarin telah mengadakan Majlis Ihya ‘Eid Al Adha, 1436H/2015M anjuran Unit Kerohanian dan Majlis Persatuan Pelajar (MPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya mengagihkan daging-daging korban di majlis yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPUSB ialah Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, pensyarah-pensyarah, kakitangan serta pelajar-pelajar KUPU SB.

Pengagihan daging-daging korban itu telah diberikan kepada para fakir miskin di persekitaran KUPU SB dan juga warga KUPU SB.

Dr. Hajah Masnon semasa menyempurnakan pengagihan daging korban.
Dr. Hajah Masnon semasa menyempurnakan pengagihan daging korban.

Majlis itu bertujuan untuk mengingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail Alaihi Salam di samping untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan memuji kebesaran dan kekuasaanNya.

Selain itu juga, ia turut menanamkan amalan bersedekah terhadap golongan fakir miskin dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KUPU SB dalam menjalani kerja bergotong-royong.

ARTIKEL YANG SAMA