Sama-sama pikul tanggungjawab

Sama-sama pikul tanggungjawab

Oleh Siti Hajar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Tema Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Generasi Berwawasan’ merangkumi kesemua peringkat masyarakat dalam negara ini dan peranan mereka ke arah mencapai Wawasan 2035.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof (gambar) menekankan perkara itu dalam ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-32 baru-baru ini.

Menurut Yang Berhormat Pehin, seluruh rakyat memikul tanggungjawab bagi memastikan generasi masa depan menjadi pengganti dan penjamin untuk memelihara kemerdekaan kita. Daripada penduduk bandar sehinggalah penduduk kampung, pemimpin akar umbi dan pemimpin belia dan juga ketua dalam kerajaan dan sektor swasta — segenap lapisan rakyat mempunyai peranan dalam menanai ‘Generasi Berwawasan’ untuk kita sendiri dan juga generasi belia. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh satu agensi.

Yang Berhormat Pehin turut menekankan bahawa satu generasi berwawasan adalah kunci kepada kemapanan negara sebagai ejen perubahan. “Kita mahu generasi masa depan memiliki satu set minda positif iaitu beriltizam dan penuh dengan keazaman.”

pg02_160226_a

Yang Berhormat Pehin menegaskan bahawa semangat kebangsaan rakyat negara ini terserlah semasa sambutan Hari Kebangsaan, sama seperti sebelumnya, termasuklah semasa menjadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN dalam 2013, APEC dalam 2000 dan Sukan ASEAN dalam 1999.

Semangat sama juga menyerlah semasa kemenangan Brunei dalam perlawanan bola sepak Trofi Hassanal Bolkiah 2012 dan Liga Singapura 2015.

“Kemerdekaan negara menunjukkan kebebasan untuk menjamin masa depan kita sendiri tanpa bergantung dengan yang lain,” kata Yang Berhormat Pehin, menambah: “Kita menentukan kebajikan kita, masa depan kita dan ini bermakna kita mesti kuat dan positif, dengan keinginan untuk bekerja keras, seperti pepatah Brunei, ‘Berkarih, berjarih, pasti belurih.’

“Ia amat penting untuk kita mempromosikan kesefahaman bahawa segenap lapisan masyarakat dan penduduk negara ini memahami makna kemerdekaan, dan kenapa kita meraikan Hari Kemerdekaan kita setiap tahun, dengan penuh semangat. Kita mesti menunjukkan bahawa negara ini akan terus bersiap sedia untuk berjuang dan memikul tanggungjawab sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.”

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, “Kita tidak mahu generasi masa depan lupa dengan pengorbanan yang dibuat oleh generasi sebelumnya. Keamanan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini adalah hasil titik peluh mereka dan sudah tiba masanya apabila generasi kita bekerja keras menuju pembangunan dan keamanan generasi yang lebih muda. Cabaran ini adalah untuk kita dan belia kita, dan melalui kemerdekaanlah kita dapat memastikan kebajikan negara terus terpelihara.”

ARTIKEL YANG SAMA