Sama-sama sambut Hari Keluarga Kebangsaan

Sama-sama sambut Hari Keluarga Kebangsaan

Oleh Norhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 3 Mei – Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Tahun 2015 bagi Daerah Temburong telah berlangsung di Kawasan Dermaga, Kompleks Perniagaan Bumiputera Pekan Bangar di sini.

Pelancaran sambutan bagi daerah ini telah disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan datin.

Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap Kementerian Perhubungan, Pegawai Daerah Temburong, Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad dan isteri, para pegawai kanan Kementerian Perhubungan, penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta penduduk di daerah ini.

Acara telah dimulakan dengan acara berbasikal, yang turut disertai oleh Yang Berhormat Pehin, dari Jeti Jabatan Daerah Temburong menuju ke Dermaga Pekan Bangar di mana acara diadakan.

Menteri Perhubungan ketika menyertai aktiviti basikalton.
Menteri Perhubungan ketika menyertai aktiviti basikalton.
Antara peserta perempuan yang mengambil bahagian dalam aktiviti membungkus kelupis.
Antara peserta perempuan yang mengambil bahagian dalam aktiviti membungkus kelupis.

Selepas perasmian, acara diteruskan dengan senamrobik beramai-ramai diikuti dengan basikalton sejauh 1.7 kilometer menuju Kampung Sungai Tanit bagi lelaki dan walkaton mengelilingi Pekan Bangar bagi perempuan.

Majlis sambutan di daerah ini diselitkan dengan pelbagai acara kekeluargaan, serta pameran dan gerai jualan yang dikendalikan oleh beberapa agensi kerajaan berserta majlis-majlis perundingan mukim dan kampung di daerah ini.

ARTIKEL YANG SAMA