Sambut Aidilfitri di atas kapal

Sambut Aidilfitri di atas kapal

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Seramai 18 orang kru Kapal PSV2 yang beragama Islam termasuk warganegara Brunei Darussalam telah menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di atas kapal dari Hari Raya Pertama lagi kerana bertugas.

Itulah pengorbanan mereka berjauhan daripada keluarga sewaktu umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Kemenangan berkenaan, namun ia tidak menghalang mereka daripada terus menjalankan tugas sambil meraikan Hari Raya Aidilfitri sesama mereka.

Kapal PSV2 yang memiliki seramai 24 orang anak kapal itu sedang berada di perairan Brunei iaitu di Champion7 Anchorage.

Dalam kepiluan tidak dapat bersama keluarga terdekat terutama ibu bapa, isteri dan anak-anak demi menjalankan tugas sebagai seorang pelaut profesional itu mereka tetap ceria dan melahirkan rasa syukur di atas kurnia Hari Kemenangan itu dengan melaungkan takbir di bawah pimpinan Pegawai Kedua, Awang Deni Usman.

Seramai 18 kru Kapal PSV2 yang beragama Islam menyambut lebaran di laut pada 1 Syawal.
Seramai 18 kru Kapal PSV2 yang beragama Islam menyambut lebaran di laut pada 1 Syawal.

Selesai bertakbir, Pegawai Jurutera Kedua, Awang Hamadi bin Hashim membacakan Doa Kesyukuran.

Majlis kemudiannya dite-ruskan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara satu dengan yang lain, disusuli dengan menikmati juadah Hari Raya tersedia.

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ini, semua kru marin di atas Kapal PSV2 yang diketuai oleh Kapten Jayan Kumar Paronjodi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada bonda, ayahanda, isteri serta anak-anak mereka yang tercinta.