Sambut baik pembabitan Jepun

Sambut baik pembabitan Jepun

TOKYO, 5 Jun (AFP) – Presiden Filipina Beningno Aquino hari ini menyambut baik pembabitan keselamatan Jepun yang semakin meningkat ketika ketegangan serantau bertambah dengan China, sehari selepas menandatangani perjanjian pembelian 10 buah kapal untuk mengukuhkan pengawal pantai beliau.

Menamatkan lawatan empat hari ke Jepun yang menekankan hubungan mesra antara Manila dan Tokyo, Aquino berkata tidak sesiapa perlu bimbang dengan langkah Perdana Menteri Shinzo Abe untuk meningkatkan peranan ketenteraan Jepun.

“Filipina mengikuti kajian Jepun yang sedang berjalan ke atas dasar keselamatannya dan perundangan, dengan pandangan untuk membolehkan Jepun berperanan lebih proaktif dalam keamanan dan keselamatan di rantau kami dan dunia,” beliau memberitahu para pemberita di Tokyo.

“Negara-negara muhibah hanya boleh meraih manfaat jika kerajaan Jepun dibenarkan untuk tampil membantu mereka yang memerlukan, terutamanya di kawasan pertahanan sendiri bersama.

Abe berusaha mengurangkan pengetatan yang telah menghalang ketenteraan Jepun yang cukup dibiayai dan cukup terlatih dari beroperasi di luar peranan “pertahanan sendiri” yang telah ditakrifkan.

ARTIKEL YANG SAMA