Sambut Hari Guru dengan lebih bermakna

Sambut Hari Guru dengan lebih bermakna

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Sambutan Hari Guru lebih bermakna apabila murid-murid memberikan penghargaan kepada guru-guru mereka biar pun hanya dengan ucapan bertulis.

Sekolah Rendah Haji Mohammad Salleh, Sungai Hanching kelmarin meraikan guru-guru mereka dengan ucapan penghargaan yang ditulis khas pada papan notis.

Di papan notis itu, mereka menyampaikan penghargaan dan pujian kepada guru-guru yang telah mendidik dan mengajar mereka serta mengenang jasa guru-guru.

Sambutan Hari Guru di sana juga diserikan dengan persembahan seperti drama, sajak, nyanyian serta persembahan Model Guru, di mana murid-murid meniru gaya guru-guru di sekolah itu.

Lebih 300 pelajar dari Darjah Pra hingga Tahun 6 meraikan Hari Guru yang berlangsung di dewan sekolah itu. Hadir sama ialah Guru Besar Sekolah, Hajah Hainyisah binti Haji Mustapa, Penolong Guru Besar, Awang Salleh Hamidy bin Julidy dan guru-guru.

ARTIKEL YANG SAMA