Sambut penjenayah sebagai ‘sahabat lama’

Sambut penjenayah sebagai ‘sahabat lama’

BEIJING, 1 Sept (Reuters) – Presiden China Xi Jinping mengalu-alukan Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir, seorang penjenayah perang sebagai ‘sahabat lama’ hari ini ketika Kementerian Luar Negeri China mempertahankan para jemputannya ke perarakan menandakan berakhirnya Perang Dunia ke-2.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague mengeluarkan waran tangkap untuk Bashir dalam 2009 dan 2010, menuduhnya mendalangi genosid dan kekejaman lain dalam kempennya untuk mematahkan pemberontakan di kawasan barat Darfur.

Ahli ICC bertanggungjawab untuk bertindak ke atas waran tangkap itu, namun China bukan ahli.

Bertemu di Great Hall of People di Beijing, Xi memuji perkongsian antara dua negara. “Anda adalah sahabat lama rakyat China,” Xi memberitahu Bashir, menurut satu laporan. “China dan Sudan seperti dua bersaudara yang juga rakan baik dan rakan kongsi. Kedatangan Encik Bashir ke China menunjukkan perkongsian kami kukuh.”

Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir (kiri) menghadiri majlis penandatangan dengan Presiden China, Xi Jinping di Great Hall of People, di Beijing. – Reuters
Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir (kiri) menghadiri majlis penandatangan dengan Presiden China, Xi Jinping di Great Hall of People, di Beijing. – Reuters

Bashir mengatakan dia amat gembira dijemput ke sambutan perarakan itu yang akan berlangsung pada Khamis ini dan dimeriahkan dengan perarakan 12,000 pasukan tentera melalui tengah Beijing.

Media negara China mempertingkatkan propaganda itu menjelang perarakan dengan tumpuan khas ke atas kekejaman yang dilakukan oleh penjenayah perang Jepun di China.

Perarakan bagaimanapun kebanyakannya dipulaukan oleh pemimpin Barat yang negaranya sering diwakili oleh pegawai peringkat rendah atau ahli politik bersara.

ARTIKEL YANG SAMA