Sambut secara...

Sambut secara sederhana dan bersejarah

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, hari ini, bersabda bahawa dalam merancang Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan, acara-acara perlulah bersifat sederhana, ringkas serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai tarikan kepada orang ramai.

Duli Yang Teramat Mulia juga  bersabda bahawa 28 September 2017 ditetapkan sebagai tarikh Pembukaan Gendang Jaga-Jaga bagi menandakan bermulanya Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta di mana tarikh pembukaan dan penutup gendang jaga-jaga akan berlangsung pada Khamis, 28 September 2017 sehingga Khamis, 12 Oktober 2017.

“Jawatankuasa-jawatankuasa sektoral hendaklah sentiasa dipandu oleh titah Paduka Ayahanda yang menekankan aspek kesederhanaan dan sifat sambutan sebagai petanda bagi segala rakyat,” sabdanya lagi di Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA