Sambut ulang tahun ke-50 perang kedua dengan India

Sambut ulang tahun ke-50 perang kedua dengan India

ISLAMABAD, 6 Sept (AFP) – Pakistan hari ini memperingati tahun ke-50 perang kedua dengan musuh ketatnya, India, beberapa minggu selepas dua negara nuklear itu berkonfrontasi dalam beberapa pertelagahan mereka yang paling banyak mengakibatkan kematian dan kecederaan selama lebih sedekad.

Pertelagahan besar peperangan berlaku antara bulan Ogos dan September 1965, dengan kedua belah pihak mengaku meraih kemenangan selepas ia berakhir dengan kebuntuan ekoran campur tangan Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Setiap tahun Pakistan memperingati 6 September sebagai “Hari Pertahanan” dengan media memuji-muji pasukan tentera yang kuat kerana menghalang ‘serangan’ India.

Tetapi di kalangan sejarawan secara meluas bersetuju bahawa konflik bermula selepas pasukan Pakistan mencerobohi bahagian wilayah pergunungan Kashmir yang dipertikaikan yang ditadbir oleh India.

Sejak meraih kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947, kedua-dua negara telah terlibat dalam tiga peperangan – dua darinya pertempuran kerana Kashmir. Wilayah itu dibahagi antara kedua-dua negara tetapi dituntut sepenuhnya oleh kedua-dua negara.

Hubungan ketara semakin teruk sejak 2014, dengan pembedilan di seberang sempadan yang mengorbankan kira-kira 20 jiwa di kedua belah pihak pada bulan Ogos lalu.

Awal bulan ini, pertemuan antara para penasihat keselamatan kebangsaan India dan Pakistan di New Delhi, telah dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan perbalahan tentang sama ada Kashmir seharusnya termasuklah dalam agenda.

Hari memperingati pada hari ini bermula dengan 31 das tembakan pada awal subuh di ibu negara, Islamabad dan begitu juga serupa di bandar-bandar lain.

Bertafakur seminit diadakan di seluruh negara untuk memberi penghormatan kepada hampir 4,000 orang tentera yang terkorban dalam pertempuran, dengan Perdana Menteri Nawaz Sharif meletakkan kalungan bunga di monumen wira perang di bandar timur, Lahore.

Jet-jet pejuang Pasukan Tentera Udara membuat persembahan aerobatik di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA