Sambutan 10 tahun Red Bull

Sambutan 10 tahun Red Bull

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Bagi meraikan sedekad kejayaannya di Brunei, jenama minuman tenaga terkemuka iaitu Red Bull Asia telah memulakan Sambutan Ulang Tahun Red Bull Silver ke-10 kelmarin di Airport Mall, Berakas.

Pelancarannya telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kingston Beverages and Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim di mana acara tersebut adalah yang pertama dalam beberapa siri inisiatif sambutan yang akan dilanjutkan sehingga beberapa bulan nanti.

“Tahun ini adalah tahun yang istimewa bagi kami kerana dapat meraikan pengukuhan usaha sama selama 10 tahun kami bersama AllsWell. Usaha sama ini telah berkembang sejak beberapa tahun dan kebanyakannya meraih kejayaan. Jika Red Bull komited kepada program yang menjana kepada kepimpinan dan penjenamaan, Kingston akan menyediakan asas dan memberikan semua bantuan yang diperlukan bagi kejayaan program dalam pasaran. Acara hari ini iaitu Red Bull Human Foosball Challenge 2016 adalah antara kebanyakan program yang berjaya.”

Kumpulan YSHHB (Yayasan) menjuarai pertandingan tersebut di mana hadiah telah disampaikan oleh Ketua Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage dan Creamery Sdn Bhd.
Kumpulan YSHHB (Yayasan) menjuarai pertandingan tersebut di mana hadiah telah disampaikan oleh Ketua Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage dan Creamery Sdn Bhd.
Pertandingan Red Bull Human Foosball yang berlangsung di Airport Mall, Berakas.
Pertandingan Red Bull Human Foosball yang berlangsung di Airport Mall, Berakas.

Pertandingan Red Bull Human Foosball bermula semalam, di mana ia adalah antara acara-acara bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut selain mengadakan jerayawara di kolej-kolej, gedung-gedung perniagaan dan pertandingan kepada pengguna-pengguna di seluruh negara.

Pasukan-pasukan yang menyertai Pertandingan Red Bull Human Foosball itu berpeluang memenangi trofi dan hadiah wang tunai bagi juara. Pada beberapa bulan berikutnya, The Red Bull Human Foosball Pitch akan dianjurkan berserta pameran-pameran dan beberapa aktiviti-aktiviti lain, yang diakhiri dengan pusingan akhir bagi dua pasukan terakhir pada bulan Januari 2017.

ARTIKEL YANG SAMA