Sambutan 20 tahun Masjid Perpindahan Lambak Kanan

Sambutan 20 tahun Masjid Perpindahan Lambak Kanan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Sempena memperingati ulang tahun ke-20 penubuhan Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran telah diadakan di masjid berkenaan malam semalam.

Bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Imam Awang Khairul Ariffin bin Haji Yussof, manakala itu, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Haji Abdul Malik bin Haji Jumat.

Hadir pada majlis itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Hanafi bin Haji Zaini, Penghulu Mukim Berakas B, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, ketua-ketua kampung di Mukim Berakas B dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Lambak Kanan serta para jemaah masjid.

Di akhir acara tersebut, Dikir Marhaban dilaungkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Lambak Kanan.

pg07_160721_b

Antara yang hadir pada majlis berkenaan.
Antara yang hadir pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA