Sambutan 2+1 pelajar luar negara

Sambutan 2+1 pelajar luar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Persatuan Pelajar-pelajar Brisbane (BSSSBNE), Australia baru-baru ini telah mengadakan sambutan 2 dalam 1 iaitu sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun dan Hari Raya Aidilfitri di Atrium, Bangunan Z, Queensland University of Technology.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Haji Zakaria bin Haji Ahmad. Turut hadir ialah Penyelaras Akademik di Pejabat Suruhanjaya Tinggi, Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Haji Mohd Daud.

Seramai 35 pelajar daripada persatuan itu menghadiri majlis yang turut diisikan dengan ucapan alu-aluan Presiden BSSBNE, Dayangku Iffah Dhaniah binti Pengiran Kamaruddin dan ucapan oleh Haji Zakaria.

Ia diikuti sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan. Majlis juga diserikan dengan aktiviti kuiz yang membawa tema ‘Sejarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’.

Gambar ramai ahli Persatuan BSSSBNE.
Gambar ramai ahli Persatuan BSSSBNE.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Haji Zakaria dan hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz.

Sementara itu, Persatuan Bruneians Around Sydney (BASS) turut mengadakan sambutan Hari Raya di University New South Wales, Sydney, Australia.

Acara itu dihadiri oleh Pengarah Pengajian, Pengiran Muhammad Nor Shah bin Pengiran Muhammad dan isteri, dari Unit Bahagian Atase Pelajaran di Canberra, Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Australia dan 120 orang penuntut di universiti itu.

ARTIKEL YANG SAMA