Sambutan Aidilfitri bekas pelajar Sekolah Arab 1988

Sambutan Aidilfitri bekas pelajar Sekolah Arab 1988

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Setelah 28 tahun meninggalkan alam persekolahan, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Arab tahun 1988 berhimpun semula dalam Majlis Ramah Mesra Hari Raya yang mereka anjurkan di Restoran Tatis, Jalan Babu Raja, baru-baru ini.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Awang Hakim bin Haji Besar dan juga ucapan daripada Penaung Majlis, Awang Ahmaz Azhar bin DSS Haji Mohd Zaimi.

Majlis seumpama ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka di samping memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Bekas pelajar Sekolah Arab tahun 1988 bergambar ramai.
Bekas pelajar Sekolah Arab tahun 1988 bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA