Sambutan Aidilfitri bersama anak-anak yatim

Sambutan Aidilfitri bersama anak-anak yatim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, mengadakan Majlis Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak yatim di Dewan Kemasyarakatan 2, kampung tersebut, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kampung Kawasan 4, Haji Jumat bin Nasir yang juga seterusnya menyampaikan hadiah kepada anak-anak yatim yang menyertai pertandingan dan memenangi cabutan bertuah.

Majlis juga diserikan dengan persembahan-persembahan nyanyian daripada ahli jawatankuasa kerja acara tersebut.

Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak yatim di Dewan Kemasyarakatan 2, RPN Lambak Kanan.
Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak yatim di Dewan Kemasyarakatan 2, RPN Lambak Kanan.

ARTIKEL YANG SAMA