Sambutan Aidilfitri bersama PEKIRA

Sambutan Aidilfitri bersama PEKIRA

MESKIPUN sudah memasuki minggu akhir bulan Syawal namun Aidilfitri tetap meriah diraikan di negara ini. Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) juga turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya khusus bagi ahli-ahlinya serta keluarga, yang berlangsung di sebuah restoran di Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PERKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Dato Seri Setia Haji Kasim bin Haji Lamat dan seterusnya ucapan daripada Yang Di-Pertua PEKIRA.

Ahli-ahli PEKIRA bergambar ramai semasa majlis bekenaan.
Ahli-ahli PEKIRA bergambar ramai semasa majlis bekenaan.

Di samping menikmati pelbagai jenis jamuan yang dihidangkan, para ahli PEKIRA juga mengadakan cabutan nombor bertuah dan berpantun seterusnya mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada dengan rakan-rakan kongsi mereka.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma sempena Walkaton Amal PEKIRA 2016 yang lalu.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai buat ahli-ahli serta keluarga yang hadir di majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA