Sambutan Aidilfitri BSP eratkan silaturahim

Sambutan Aidilfitri BSP eratkan silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 31 Julai – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), kelmarin, telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dibukakan bagi kunjungan masyarakat di Daerah Belait yang berlangsung di Pusat Insani, di sini.

Majlis yang dianjurkan Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) itu merupakan aktiviti tahunan dan salah satu daripada inisiatif pelaburan sosial syarikat berkenaan bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan pelbagai pihak termasuk yang berkepentingan dengan Syarikat BSP dan juga masyarakat setempat di daerah ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman. Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan Daerah Belait lainnya.

Menghadiri sama majlis tersebut ialah kalangan pegawai dan kakitangan syarikat dan ahli keluarga mereka serta rakan-rakan.

Haji Haris hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd di Pusat Insani.
Haji Haris hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd di Pusat Insani.
Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Syarikat BSP menikmati hidangan yang disediakan.
Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Syarikat BSP menikmati hidangan yang disediakan.

Dengan membawa tema ‘Zaman 70an’, majlis telah dimeriahkan dengan berbagai-bagai jenis hidangan kuih Melayu klasik, yang dipopularkan pada tahun 70an termasuk ketupat dan sate serta rendang.

Para tetamu yang hadir berpeluang beramah mesra sambil menjamu selera dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan lawak jenaka dan sebagainya, selain permainan klasik seperti simban dan boling kelapa.

Para pengunjung juga terhibur dan bergelak ketawa dengan kemunculan pelawak Babu Sinur, seorang pelawak tanah air yang menjadi kegemaran pada masa ini. Kanak-kanak juga tidak akan ketinggalan dihiburkan dengan permainan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA