Sambutan Aidilfitri CAE Brunei MPTC

Sambutan Aidilfitri CAE Brunei MPTC

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin dengan pelanggan-pelanggan utama, CAE Brunei MPTC Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Latihan Serba Guna di No 1, Digital Junction, Jalan Paya Sailaila, Kampung Tungku, Gadong A.

Timbalan Pengarah Urusan CAE Brunei MPTC Sdn Bhd, Rozman Junaidi berkata, Aidilfitri memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan berharap amalan baik itu dapat diteruskan sepanjang masa.

Menurut beliau, Sambutan Hari Raya atau Rumah Terbuka CAE Brunei MPTC Sdn Bhd itu dihadiri oleh para pelanggan utama antaranya Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd, Angkatan Tentera Udara, BEDB, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, rakan-rakan dari sektor kerajaan dan banyak lagi.

Rozman Junaidi (kanan) bersama pelanggan utama syarikat berkenaan.
Rozman Junaidi (kanan) bersama pelanggan utama syarikat berkenaan.
Suasana Rumah Terbuka CAE Brunei MPTC Sdn Bhd yang turut dihadiri pegawai-pegawai Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei.
Suasana Rumah Terbuka CAE Brunei MPTC Sdn Bhd yang turut dihadiri pegawai-pegawai Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei.

Sambutan Hari Raya berkenaan merupakan aktiviti tahunan syarikat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat, yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama pelanggan-pelanggan, agensi kerajaan dan menceriakan sambutan hari raya yang penuh muhibah.

MPTC adalah sebahagian daripada usaha memperkembangkan aeroangkasa di negara ini dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan latihan untuk Brunei Shell Petroleum serta kru-kru helikopter S-92 Offshore dengan peralatan simulasi yang canggih.

Bangunan tiga tingkat yang mendapat pengiktirafan daripada EASA (European Aviation Safety Authority) itu menyediakan salah satu kemudahan latihan simulasi helikopter yang terbesar di rantau ini.

Kemudahan yang dikendalikan oleh para profesional anak tempatan ini memainkan peranan penting dalam membangunkan lagi sektor tenaga, aeroangkasa, pertahanan dan teknologi Brunei.